Tuesday 14 February 2017

Pemberian Geran Sepadan RM50 Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i / SSPN-i Plus



Berdasarkan perenggan 225, perkara kelima pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak "geran sepadan disediakan kepada pelajar tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i .

Terma & Syarat
  1. Berdaftar di tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan pada 2017
  2. Mempunyai akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus
  3. Membuat deposit simpanan minimum RM50 dalam tahun 2017
  4. SSPN-i Plus insentif sebagai simpanan tambahan tanpa ditolak premium takaful
  5. Seorang murid layak menerima sekali geran sepadan sahaja
  6. Jika ada 2 jenis akaun, insentif akan dimasukkan ke akaun SSPN-i Plus
YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa pembentangan Belanjawan Negara 2017 pada 21 Oktober 2016 yang lalu telah mengumumkan bahawa Kerajaan menyediakan pemberian Insentif Khas Geran Sepadan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i kepada pelajar Tahun 1 sekolah bantuan penuh Kerajaan.

Ini bermakna bermula 1 Januari 2017 mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan untuk anak-anak mereka yang merupakan pelajar Tahun 1 sekolah bantuan penuh Kerajaan akan menerima tambahan keistimewaan Insentif Khas Geran Sepadan iaitu deposit percuma bernilai RM50.

Saturday 11 February 2017

PANDUAN MENGISI BUTIR-BUTIR DALAM BUKU JADUAL KEDATANGAN

  1. Jadual Kedatangan Pelajar adalah dokumen yang sangat penting dan rasmi serta akan diaudit oleh Juru Audit JPNJ yang bertauliah.
  2. Hanya guru tingkatan dan mereka yang bertanggungjawab boleh menggunakan Jadual Kedatangan Pelajar.
  3. Pelajar dilarang sama sekali memegang atau membawa atau menanda Jadual Kedatangan Pelajar.
  4. Semua butiran hendaklah ditulis dengan terang dan kemas serta hanya menggunakan pen atau pena mata bulat yang BERDAKWAT HITAM sahaja.
  5. Hari Kelepasan hendaklah ditandakan dengan garisan lurus sepanjang ruangan atau ruangan-ruangan itu. Jika hari kelepasan itu lama, hendaklah ditulis ‘cuti’ melintang ruangan itu.
  6. Tandakan Buku Jadual Kedatangan Pelajar ini dengan dakwat, jangan sekali-kali dengan pensil, kemudiannya diikuti dengan dakwat pula di atasnya.
  7. Buku Jadual Kedatangan ini hendaklah ditulis terus, yakni tidak disalin daripada kertas lain atau seumpamanya.
  8. Sebarang kesilapan hendaklah diminimumkan. Sekiranya berlaku kesilapan, potong sahaja dan ditandatangani ( Initial ) terutamnya di bahagian penerimaan bayaran. PENGGUNAAN PEMADAM CECAIR ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DAN MENYALAHI PERATURAN.

Monday 6 February 2017

Borang BAKEP

Sesi pendaftaran ahli baharu dan bayaran yuran ahli lama akan diadakan sebagaimana kenyataan dibawah ;

Tarikh : 08 Februari 2017 ( Rabu )
Masa : 8.30 pagi - 1 petang
Tempat : Dewan SKSS2

Sila klik di sini untuk mendapatkan borang BAKEP.


Sunday 5 February 2017

Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah

Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah adakan pada 5 Februari 2017 secara serentak di negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor. Program ini adalah anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia

Di Kuala Terengganu majlis pelancaran program ini berlangsung secara sederhana tetapi meriah. Diharapkan melalui program ini, sasaran Kementeran Pendidikan Malaysia iaitu untuk meningkatkan kehadiran pelajar ke sekolah melebihi 95% akan tercapai.

Berikut adalah beberapa gambar majlis pelancaran tersebut.

SK Gong Kapas

SK Pasir Panjang


SK Beladau Kolam

SK Sultan Sulaiman 1


SK Kampung Baharu Serada

Saturday 4 February 2017

Borang kendiri kantin 2017

Klik di sini untuk muat turun.

Sekitar Pelancaran Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah

Macam-macam ragam dan gaya . Apa pun program ini telah berjaya dijalankan dengan sempurna belaka. Tahniah





Guru punca masalah disiplin?

ULASAN BUKU

Mungkin ada yang sedikit tersentak apabila mula-mula membaca tajuk yang penulis cuba perkatakan.Persoalan utama yang timbul di dalam benak fikiran , mengapa pula hanya guru yang harus dipersalahkan sedangkan guru bukanlah satu-satunya ejen dalam proses mendidik ini. Nmun begitu ikutilah kupasan buku tersebut agar menjadi pedoman kepada kita agar tidak terlalu cepat melenting.


Terdapat tujuh jenis masalah disiplin yang selalu berlaku di sekolah iaitu ponteng, datang lewat, rambut tidak terurus, merokok, peras ugut, ketagihan dan masalah sosial serius.
Setiap kategori berkenaan boleh menimbulkan pelbagai masalah disiplin lain seperti ponteng boleh menyebabkan pelajar terpengaruh dengan kumpulan jahat, merokok, menghisap dadah dan berfoya-foya.

Ketagihan juga mempunyai pelbagai jenis termasuk menghidu gam, pil khayal dan paling serius adalah pe­nyalahgunaan dadah. Masalah sosial serius pula merujuk kepada situasi pelajar tidak dapat mengawal perasaan sehingga bertindak di luar batasan dengan membunuh dan mencederakan rakan mereka. Kejadian itu berlaku disebabkan perasaan cemburu, iri hati dan hasad dengki sesama pelajar.

Walaupun banyak pihak cuba mengaitkan sikap negatif pelajar dan keluarga yang kucar-kacir sebagai punca berlaku masalah disiplin tetapi buku ini mendedahkan sebaliknya.
Pelbagai kajian yang telah dilakukan mendapati faktor utama yang perlu diberi perhatian ialah guru. Misalnya, dalam soal masalah disiplin paling banyak berlaku iaitu ponteng sekolah. Kajian mendapati pe­ngajaran guru tidak menarik akan menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran.Sekiranya guru tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar akan hilang semangat belajar dan mula ponteng sekolah.

Friday 3 February 2017

Apa itu S.O.P 1:3:7 ?

LAPORAN ISU DISIPLIN MURID

Tujuan
1. Tujuan penyediaan Standard Operating Procedure (SOP) Laporan Isu Disiplin Murid ini adalah untuk menjadi panduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Sekolah dalam mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat dan laporan berkaitan isu pendidikan khususnya yang berkaitan disiplin murid kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2. Selain itu, adalah untuk menilai tahap prestasi sesebuah sekolah dengan mengambil kira pematuhan tahap kesegeraan tindakan bagi menangani isu disiplin murid.

Latar Belakang
3. Sejak kebelakangan ini, terdapat isu-isu berkaitan disiplin murid yang berlaku di sekolah telah disiarkan terlebih dahulu melalui media massa. Ini beerti pihak JPN/PPD lambat atau tidak melaporkan isu-isu tersebut kepada KPM. Laporan mengenai kejadian hanya disampaikan kepada KPM setelah beberapa hari berlaku atau setelah diminta oleh KPM.
4. Sikap sesetengah pentadbir sekolah yang gagal bertindak segera menghubungi KPM amatlah dikesali dan perlu diperbetulkan. Sehubungan itu, Y. Bhg. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam perbincangan bersama Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Ketua Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) KPM pada 8 Mac 2011 telah meminta agar perkara ini ditangani segera secara bersama dengan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Rasional
5. KPM sebagai ibu pejabat dalam semua hal berkaitan pengurusan pendidikan merupakan pihak yang perlu dimaklumkan terlebih dahulu berkaitan dengan sebarang isu mengenai tingkah laku tidak berdisiplin murid yang berlaku di sekolah.
6. Kelewatan dalam menyedia dan memberikan maklumbalas berkaitan isu disiplin murid kepada kepemimpinan tertinggi di KPM boleh menjejaskan reputasi serta prestasi bukan sahaja bahagian atau jabatan di bawahnya malah juga KPM secara keseluruhan.

Thursday 2 February 2017

KONSEP SEKOLAH PENYAYANG

LATAR BELAKANG 

Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Sekolah sebagai organisasi yang didukung golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang berketrampilan, terpuji di samping melahirkan insan yang intelektual. Hari ini, bidang pendidikan menjadi tonggak utama sesebuah negara dalam proses pembangunan. Maju atau mundur sesebuah negara terletak pada keberkesanan dalam sistem pendidikannya. Malaysia tidak terkecuali dalam usaha membentuk sistem pendidikan berkualiti bukan sahaja dalam aspek kurikulum, tetapi merangkumi komponen pendidikan lain seperti kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep ‘Sekolah Penyayang’ untuk melahirkan pelajar berketrampilan, sekali gus membendung salah laku murid. Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Tingkatkan Kehadiran Ke Sekolah

Gejala ponteng sekolah semakin hebat diperkatakan oleh semua pihak. Isu ponteng sekolah telah menjadi polemik di media massa sama ada di media cetak mahupun media elektronik. Walaupun kadar ponteng sekolah dalam tempoh 5 tahun (2007-2011) pada kadar purata 0.37 peratus setahun namun, jika diukur dari jumlah
keseluruhan murid dalam negara seramai 5 juta lebih menunjukkan kadar ponteng
seluruh negara pada kadar 20 ribu lebih pelajar setiap tahun. Oleh kerana itulah isu
disiplin pelajar seperti ponteng sekolah merupakan salah satu daripada Key Performance Indicator (KPI) bagi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada tahun 2016.

Sejajar dengan KPI dan hasrat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berhubung
pengurangan ponteng pada kadar 0.01%, maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembangunan Sahsiah Murid untuk diimplementasikan terhadap semua pelajar di Malaysia. Sistem e-kehadiran mula diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak 2014. Melalui sistem ini kehadiran murid di sekolah boleh dipantau dengan mudah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah.KPI kehadiran murid setiap hari ke sekolah yang telah ditetapkan oleh KPM ialah 95% ke atas.

Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah

Berdasarkan surat pekeliling Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah 2012 bertarikh 16 April 2012:

PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TUJUAN
1. Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) bertujuan
supaya Guru B&K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.

Murid Bukan Warganegara

Isu berkaitan murid bukan warganegara ( MBWN ) selalu diperkatakan. Antara isu itu ialah berkaitan ;

1.    KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA KE SEKOLAH KERAJAAN.
2.    PERTUKARAN MURID BUKAN WARGANEGARA DAR! SEBUAH SEKOLAH YANG TELAH DILULUSKAN KE SEKOLAH LAIN.
3.    PERMOHONAN KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA TAHUN 6 KE SEKOLAH MENENGAH.

Pihak Jabatan pendidikan telah mengesan beberapa kes yang melibatkan kecuaian pihak sekolah yang telah menerima kemasukan Murid Bukan Warganegara tanpa mendapat kelulusan daripada Pendaftar di Jabatan Pendidikan Negeri .

Sepatutnya pihak sekolah perlu merujuk kepada peraturan-peraturan berikut sebelum mengambil sebarang tindakan untuk menerima masuk murid berkenaan di samping mendapatkan pandangan terlebih dahulu daripada pegawai berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Mekanisme Baharu Bagi Pengambilan Pelajar Bukan Warganegara Di Sekolah Kerajaan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang mengkaji mekanisme baharu bagi memudahkan prosedur pengambilan kanak-kanak bukan warganegara untuk belajar di sekolah kerajaan.

Timbalan Menteri berkenaan P.Kamalanathan berkata kajian itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua kanak-kanak yang lahir di negara ini diberi peluang mendapatkan pendidikan di sekolah.

"Anak-anak yang ibu bapanya tiada dokumen langsung pun kita cuba wujudkan peluang mengikut cara yang ditetapkan.

"Kita akan terus mencari ruang dan peluang untuk memastikan anak di Malaysia tidak tertinggal dalam mendapat peluang pendidikan," katanya semasa menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, Rabu.

Syed Ibrahim bertanya sama ada kementerian mengeluarkan pekeliling mengenai pengambilan kanak-kanak bukan warganegara ke sekolah kerajaan.