Thursday 2 February 2017

Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah

Berdasarkan surat pekeliling Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah 2012 bertarikh 16 April 2012:

PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TUJUAN
1. Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) bertujuan
supaya Guru B&K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.

FOKUS PERKHIDMATAN B & K

1.    Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa  dan berfokus kepada program dan aktiviti;

A.   Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid
B.   Peningkatan disiplin diri murid
C.   Pendidikan Kerjaya murid
D.   Psikososial dan kesejahteraan mental murid
E.   Pengurusan Profil Murid
F.    Pendidikan Pencegahan
G.   Konsultasi keibubapaan
H.   Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Fokus Pembangunan Sahsiah Diri Murid:
2. Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (karektor) murid dari aspek;
3. Sikap penyayang (kepedulian) Budi bahasa, Konsep kendiri, Kepemimpinan, Komunikasi, Kekemasan diri dan Ketepatan masa

Fokus Peningkatan Disiplin Diri Murid
4. Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala seperti berikut;
A.   Perlakuan ponteng sekolah
B.   Perlakuan berunsur jenayah
C.   Perlakuan berunsur kelucahan
D.   Perlakuan berunsur kurang sopan
E.   Perlakuan berunsur vandalisme

Fokus Pendidikan Kerjaya Murid
5. Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;
a.    melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.
b.    Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah rendah sehingga menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.
c.    Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus ke kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi awam atau swasta.

Fokus Psikososial dan kesejahteraan mental murid
6.Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;

Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi
Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif

Fokus Pengurusan Profil Murid
7. Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid. Ia bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid seterusnya  tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan secara lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;
A.   Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin
B.   Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah
C.   Menyediakan profil kerjaya setiap murid
D.   Menyediakan profil murid dari segi Kesejahteraan Mental/emosi

8. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga, latarbelakang masalah, kekerapan dan punca  masalah, status tindakan penyelesaian.

Fokus Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan
9. Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk bahan inhalan.
10. Fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol dan bunuh diri.

Fokus Konsultasi Keibubapaan:
11. Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga dimana;
kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan,
melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.

Fokus Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
12. Fokus ini adalah meningkatkan  kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu;
A.   Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS.
B.   Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ dengan;
PRS sebagai role model kepada orang lain
Memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif
Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain

Murid Berkeperluan Khas
13. Fokus ini memberikan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan khas kepada murid-murid berkeperluan khas  di sekolah. Fokus ini memberi penekanan dari segi kebajikan, kemudahan, soft skills dan hala tuju murid berkeperluan khas. Murid normal yang lain juga menerima, membantu dan sentiasa memberi pertolongan kepada murid - murid berkeperluan khas 

Penyampaian Outreach Perkhidmatan 
14 Membuat sebaran kepada murid berkaitan perkhidmatan yang boleh diberi oleh   
GBK serta faedah yang boleh diperoleh daripada perkhidmatan bimbingan dan 
kaunseling. Sebaran berkaitan peluang pendidikan dan kerjaya murid.

Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok
15. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi Sasaran Kerja Utama guru B & K.Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P).


Pelaksanaan Program dan Aktiviti Murid
16. Pelaksanaan program dan aktiviti murid yang merujuk kepada fokus perkhidmatan ini hendaklah dirancang dan dilaksanakan bersesuaian dengan matlamat yang ditetapkan.

17. Selain itu, masa serta kerjasama pihak pentadbir, rakan guru yang lain perlu diperolehi bagi melaksanakan sesuatu aktiviti secara berkesan.

Menjalankan Tugas Luar

18. Seorang guru B & K boleh dibenarkan menjalankan tugas luar iaitu selain daripada tugas hakiki di sekolah mereka dengan kadar 10 peratus setahun. Ini bermakna, 90 peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.

19. Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B & K diarahkan;

A.   Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam tempoh masa yang panjang.
B.   Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala petaka di sesuatu tempat.
C.   Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang ditetapkan dalam perkara ini boleh juga diberikan dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri terlebih dahulu.

20. Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarah atau diminta oleh agensi atau badan lain termasuk KPM, JPN dan PPD.

Penyampaian (Outreach) yang berkesan
21. Bagi memastikan agar perkhidmatan B & K adalah perkhidmatan yang mesra murid, maka guru B & K hendaklah;

A.   Membuat sebaran secara berkesan berkaitan perkhidmatan, program dan aktiviti yang ditawarkan kepada murid.
B.   Menawarkan aku janji (piagam pelanggan) manfaat yang boleh diperoleh daripada perkhidmatan B & K di sekolah.

Engagement  bersama murid, guru dan ibu bapa
22. Bagi menentukan agar perkhidmatan ini menjadi istimewa, maka guru B & K hendaklah;

A.   Mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan khususnya ibu bapa dan keluarga dalam menangani sesuatu isu berhubung murid.
B.   Mengamalkan sikap penyayang dalam hubungannya dengan murid, rakan guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat.
C.   Mewujudkan jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain termasuk murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat bagi mendapatkan maklum balas terhadap perkhidmatan yang diberi.

Kelas Ganti
23. Guru B & K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak lebih 8 waktu seminggu.

24. Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka hendaklah melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan perkhidmatan B & K.

25. Guru B & K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti.

Jadual Waktu
26.Tempoh masa GBK adalah sama dengan guru P&P. walaubagaimanapun , jadual bertugas bagi GBK di sekolah perlu lebih flexi. Hal ini bermakna sesi bertugas seseorang GBK di sekolah tidak terikat sama seperti masa bertugas giru P&P di bilik darjah. Ianya boleh disesuaikan mengikut keperluan tugas seharian guru  B&K

Sesi bertugas mereka hendaklah lebih fleksible kerana fungsi mereka termasuk aktiviti engagement bersama ibu bapa murid, agensi-agensi lain yang berkaitan termasuk pemimpin masyarakat dan komuniti luar sekolah di mana aktiviti tersebut hanyalah untuk kepentingan dan faedah murid mereka di sekolah

Perkapita Grant (PCG) Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah
27. PCG yang diperuntukkan kepada sekolah bagi BnK hendaklah digunakan sepenuhnya untuk semua perkhidmatan BnK yang berfokus kepada 4 bidang utama 

Sokongan Pentadbir Sekolah
28.Dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan oleh guru B & K, sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah amat diperlukan. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat pemantauan serta memberikan maklum balas kepada guru B & K akan keberkesanan perkhidmatan mereka.

No comments:

Post a Comment