Thursday 2 February 2017

Tingkatkan Kehadiran Ke Sekolah

Gejala ponteng sekolah semakin hebat diperkatakan oleh semua pihak. Isu ponteng sekolah telah menjadi polemik di media massa sama ada di media cetak mahupun media elektronik. Walaupun kadar ponteng sekolah dalam tempoh 5 tahun (2007-2011) pada kadar purata 0.37 peratus setahun namun, jika diukur dari jumlah
keseluruhan murid dalam negara seramai 5 juta lebih menunjukkan kadar ponteng
seluruh negara pada kadar 20 ribu lebih pelajar setiap tahun. Oleh kerana itulah isu
disiplin pelajar seperti ponteng sekolah merupakan salah satu daripada Key Performance Indicator (KPI) bagi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada tahun 2016.

Sejajar dengan KPI dan hasrat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berhubung
pengurangan ponteng pada kadar 0.01%, maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembangunan Sahsiah Murid untuk diimplementasikan terhadap semua pelajar di Malaysia. Sistem e-kehadiran mula diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak 2014. Melalui sistem ini kehadiran murid di sekolah boleh dipantau dengan mudah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah.KPI kehadiran murid setiap hari ke sekolah yang telah ditetapkan oleh KPM ialah 95% ke atas.

10 PRINSIP PENAMBAHBAIKAN KEMAJUAN SEKOLAH

Prinsip 1:
• Mempercayai bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan mencapai kemajuan
• Tidak ada seorang pelajar pun yang tidak boleh diajar atau tidak boleh belajar.
• Usaha membangunkan sekolah perlu mengambil kira langkah memajukan setiap orang pelajar.
• Setiap orang pelajar berbeza fizikal, mental, emosi, kemahiran dan latar belakang budaya.
• Persepsi bahawa pelajar malas, bodoh dan seumpamanya bertentangan dengan nilai pendidikan sejagat.
• Peluang yang sama harus diberikan kepada golongan pelajar yang kurang bernasib baik.
• Kehadiran pelajar ke sekolah menandakan mereka ingin belajar.
• Salah satu matlamat kemajuan dalam sekolah adalah untuk meningkatkan kehadiran pelajar
(dengan menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh faktor sekolah).
• Wujudkan persekitaran dan suasana sekolah yang dapat menarik pelajar untuk belajar.
• Faktor kehadiran pelajar berkait rapat dengan tahap pencapaian akademik.
• Amalan yang tidak produktif : Pujian/penghargaan hanya diberi kepada pelajar yang pandai dan kurang memberi bimbingan kepada pelajar yang lemah.

Prinsip 2:
• Mempercayai bahawa sekolah adalah kunci utama kejayaan pelajar
• Faktor dalaman sekolah wajar diberi perhatian terlebih dahulu berbanding faktor luaran.
• Faktor sekolah amat kuat mempengaruhi taraf kemajuan sesebuah sekolah.
• Keadaan sekolah dapat menyuburkan pembangunan intelek dan sosial serta memberi kesejahteraan mental dan fizikal pelajar.
• Peluang harus diberikan kepada setiap pelajar untuk memajukan dan memperkembangkan intelek serta bakat mereka.
• Iklim dan budaya sekolah yang tidak menggalakkan perkembangan individu para pelajar akan menghasilkan pelajar yang gagal dalam peperiksaan, melakukan vandalisme serta menimbulkan pelbagai masalah ekonomi dan sosial dalam masyarakat.

Prinsip 3:
• Mempercayai bahawa kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif dan dasar sekolah.
• Falsafah diperlukan untuk memandu perkembangan aktiviti, mempengaruhi segala tindakan dan corak perhubungan serta orientasi sekolah.
• Falsafah akan mengingatkan dan memandu pihak sekolah bahawa yang diajar/dididik adalah manusia yang berbeza, yang perlu dihormati.
• Sekolah juga perlu mempunyai wawasan dan pandangan jauh ke hadapan yang diterjemahkan dalam bentuk matlamat sekolah.
• Matlamat hendaklah tidak bercanggah dengan falsafah sekolah.
• Sekolah tanpa matlamat ibarat kapal belayar tanpa kompas.
• Sekolah perlu merangka matlamat jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek dan ia menjadi ukuran sama ada berjaya atau tidak usaha pembangunan kemajuan sekolah yang dilaksanakan.
• Dasar sekolah merupakan satu aspek penting dalam pengurusan sekolah.
• Dasar sekolah boleh dianggap sebagai panduan untuk mengawal segala tindakan pihak sekolah.
• Dasar perlu digubal berdasarkan dokumen rasmi mengikut pertimbangan profesional.
• Falsafah, matlamat, objektif dan dasar sekolah perlu dinyatakan secara bertulis dan digubal bersama-sama serta disebarkan untuk dihayati oleh semua warga sekolah.
• Sekolah yang tidak menekankan keempat-empat perkara pokok ini, biasanya:
 tiada sebarang usaha pembangunan kemajuan sekolah
 proses pengajaran dan pentadbiran sekolah hanyalah rutin mengekalkan amalan dan mengukuhkan tradisi sedia ada
 kurang mendapat kepercayaan dan
keyakinan masyarakat
 tidak dapat menghasilkan prestasi akademik yang baik
 menghadapi pelbagai masalah disiplin

Prinsip 4:
Pembangunan kemajuan dalam sekolah merupakan usaha mewujudkan satu budaya sekolah yang lebih
positif .
• Budaya sekolah merupakan antara elemen penting yang menentukan kemajuan dan produktiviti
sesebuah sekolah serta mempengaruhi pencapaian sekolah.
• Faktor-faktor yang merangkumi budaya sekolah adalah seperti interaksi antara pelajar dan guru,
tradisi yang diamalkan, proses pengajaran di bilik darjah (pengurusan bilik darjah) dan cara-
cara pengetua / Guru Besar mengurus sekolah.
• Faktor-faktor ini terbukti amat kuat mempengaruhi kemajuan sesebuah sekolah.
• Beberapa keadaan yang mungkin wujud di sekolah:

 sekolah diurus tanpa mempunyai matlamat yang
hendak dicapai
 sekolah diurus oleh pemimpin autokratik (beri arahan semata-mata tanpa
bimbingan dan tidak terima pendapat orang lain)
 sekolah diurus secara laissez-faire (serah
bulat-bulat hal-hal pelajaran kepada guru)
 terlalu keras mengenakan tindakan disiplin (mengambil masa p&p untuk selesaikan masalah remeh-temeh)
 sesi mesyuarat terlalu panjang (mengambil masa guru di bilik darjah)
 bilik darjah tidak diurus dengan sewajarnya
 guru lewat masuk ke bilik darjah
 persediaan p&p tidak dibuat
 kaedah p&p hanya beri kefahaman kepada pelajar cerdas atau yang disukai (pelajar kurang cerdas dan tidak disukai terbiar tanpa diberi pemulihan)
 guru abai pelajar slow learner serta salahkan perkara berkaitan latar belakang pelajar
 guru kurang beri perhatian kepada kebolehan mental dan kemahiran belajar
(pelajar lemah akan terus ketinggalan)
 guru memberi lebih peluang hanya kepada muridberbakat sahaja dalam aktiviti kokurikulum (pelajar yang tidak berbakat tersisih, pasif, kecewa dan putus harapan sehingga mewujudkan percanggahan nilai)
• Budaya sekolah wujud daripada sistem sekolah melalui amalan pengurusan, pengajaran dan interaksi antara satu sama lain (bukan dicorakkan oleh budaya pelajar yang berlainan latar belakang dan kebolehan).
• Pembangunan kemajuan dalam sekolah sebenarnya lebih bercorak pembaikan atau pembetulan amalan yang tidak merangsang proses pembelajaran secara produktif.

Prinsip 5:
• Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk
meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah.
• Bilik darjah merupakan unit terpenting di sekolah, tempat berlakunya
 proses p&p
 interaksi guru – pelajar
 masalah disiplin melibatkan pelajar.
• Pengurusan bilik darjah mempunyai kaitan yang kekal dengan pencapaian akademik pelajar
• Pembelajaran berkesan bergantung kepada guru yang mengajar:
 cara guru mengelola dan mengurus bilik darjah
 kaedah pengajaran digunakan
 persediaan mengajar
 strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah disiplin dalam bilik darjah
 aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
• Pengajaran bukan sekadar menyampaikan isi kandungan pelajaran. Hasil pengajaran ialah PEMBELAJARAN. Jika pembelajaran tidak berlaku, maka tidak berlaku pengajaran.
• Hubungan guru dengan pelajar dan perilaku guru turut mempengaruhi pembelajaran di bilik darjah.
• Pengukuhan aspek negatif yang berlebihan berbanding aspek positif dalam membetulkan kelakuan pelajar boleh memberi kesan yang mendalam terhadap pelajar.
• 4 faktor utama untuk p&p berkesan:
 memastikan pelajar jelas tentang apa yang diajar
 menggunakan pelbagai kaedah/strategi pengajaran
 sering memberi dan menerima maklum balas yang jelas
 memantau perkembangan dan pencapaian setiap pelajar
• Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu usaha yang banyak dijalankan oleh sekolah yang berjaya.

Prinsip 6:
• Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang
menyebabkan timbulnya masalah itu dan bukan kepada gejala-gejalanya .
• Kadang-kala sesuatu program yang dilaksanakan gagal mencapai matlamat yang diharapkan, bahkan menambahkan lagi masalah yang ada.
• Kelemahan pelajar dalam pelajaran misalnya, bukanlah disebabkan kurangnya program pembelajaran tetapi mungkin disebabkan faktor-faktor lain seperti:
 kaedah pengajaran guru
 kurang bimbingan daripada guru
 merasa tawar hati disebabkan guru melabel mereka sebagai kumpulan pelajar yang lemah dan bermasalah
 tekanan psikologi disebabkan fokus pengajaran guru hanya kepada pelajar pintar dan cerdas
• Tindakan disiplin tidak akan berkesan jika ia dilaksanakan semata-mata untuk menghukum tanpa mengambil kira sebab seseorang pelajar itu melakukannya, malah boleh menimbulkan masalah lain pula seperti ponteng sekolah dan vandalisme.
• Pelajar inginkan kejayaan untuk perkembangan akademik dan sosial mereka. Jika budaya dan amalan yang terdapat di sekolah tidak memberi peluang kepada mereka untuk menikmati kejayaan dan mengiktiraf harga diri, maka masalah sedemikian akan berterusan.
• Jika punca wujudnya masalah adalah di sekolah, maka matlamat bagi program kemajuan haruslah tertumpu kepada pembaikan masalah di sekolah.
• Punca masalah seharusnya dikenalpasti secara objektif, bukan berdasarkan andaian yang difikirkan.
• Faktor sekolah, yakni budayanya (amalan sekolah yang produktif dan tidak
produktif) ialah punca kegagalan atau kejayaan sesebuah sekolah.

Prinsip 7:
• Pembangunan kemajuan sekolah perlu dilakukan atas dasar usaha sama dan
bukanlah semata-mata usaha pengetua seorang sahaja
• Matlamat sekolah ialah matlamat bersama setiap ahli organisasi sekolah: barisan kepimpinan, guru, staf dan pelajar.
• Perancangan dan pelaksanaan pembangunan kemajuan dalam sekolah seharusnya menjadi aktiviti bersama.
• Perancangan program kemajuan secara tidak terancang serta tidak mengambil kira pelibatan bersama setiap ahli akan menimbulkan kepincangan dalam pelaksanaan program.
• Semangat bersama, kepunyaan bersama dan idea bersama adalah faktor utama dalam pelaksanaan pembangunan kemajuan dalam sesebuah sekolah.
• Berdasarkan kajian, penglibatan bersama para pelajar dalam proses membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan diri mereka, telah terbukti mempunyai hubungan yang rapat dengan rasa puas hati mereka terhadap pekerjaan yang seterusnya memberikan hasilan output yang memuaskan.
• Setiap individu yang terlibat dalam membuat sesuatu keputusan mempunyai potensi kemahiran dan pengetahuan yang seandainya digembelengkan akan mewujudkan satu kesatuan yang kukuh.
• Komunikasi dua hala dan rasa percaya mempercayai adalah juga unsur-unsur penting dalam penglibatan bersama ini.

Prinsip 8:
• Maklumbalas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan
pembangunan kemajuan dalam sekolah
• Pelaksanaan pembangunan kemajuan dalam sekolah perlu dinilai secara berterusan dari semasa ke semasa.
• Maklumat yang diperolehi penting untuk menentukan sama ada usaha yang dijalankan mencapai matlamat atau tidak.
• Pelbagai kaedah pengukuran boleh digunakan:
 pemerhatian dan pengawasan
 pengumpulan data daripada rekod (seperti rekod kedatangan)
 analisis peperiksaan bulanan, penggal dan tahun
 kes disiplin
 surat aduan atau pujian
 pandangan/pendapat daripada ibu bapa atau masyarakat  sekitar , soal selidik dan temu bual dengan pelajar atau guru
• Organisasi sekolah perlu mengamalkan action research yang merupakan mekanisme yang amat berguna bagi pihak sekolah untuk memajukan sekolah.
• Maklumat berterusan melalui kajian bagi mendapatkan maklum balas merupakan entropi negatif yang menyebabkan sesebuah organisasi boleh berfungsi dengan lebih berkesan. 

Prinsip 9:
Mempercayai dan mengakui bahawa ibu bapa dan masyarakat sekitar mempunyai pelbagai kemahiran dan sumber tenaga yang dapat membantu pihak sekolah
• Sekolah mengamalkan dasar terbuka - beri peluang kepada ibu bapa dan masyarakat sertai pihak sekolah.
• Ibu bapa dan masyarakat menjadi sumber tenaga yang diperlukan kepada pihak sekolah.
• Persefahaman dan kerjasama yang wujud menjadi benteng bagi mengelakkan timbul masalah sekolah berpunca daripada faktor masyarakat.
• Harus diakui bahawa sekolah tidak akan dapat selesaikan masalah yang timbul daripada faktor luar sekolah secara bersendirian.
• Konsep sekolah sebagai institusi masyarakat - sekolah adalah sebahagian daripada masyarakat dan harus berfungsi untuk kepentingan masyarakat.
• Masyarakat tidak boleh lepas tangan dan serahkan bulat-bulat hal-hal berkaitan persekolahan kepada pihak sekolah semata-mata.
• Sumber tenaga, material dan buah fikiran daripada masyarakat dan alam sekitar perlu digunakan sepenuhnya untuk pembangunan kemajuan sekolah. 

Prinsip 10: 
Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan Pengetua/Guru Besar yang mempunyai kepimpinan yang berkesan
• Prinsip terpenting---menegaskan bahawa maju atau mundur sesebuah sekolah adalah tanggungjawab Pengetua / Guru Besar sendiri.
• Pengetua / Guru Besar ialah faktor yang menentukan keberkesanan sesebuah sekolah.
• Enam ciri kepimpinan Pengetua / Guru Besar berkesan (Sweeney, 1982):
1.Memberi penekanan kepada pencapaian akademik (aktiviti-aktiviti, pengajaran dan bahan mengajar)
2.Menetapkan strategi pengajaran dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan tentang hal-hal pengajaran.
3.Mewujudkan iklim sekolah yang teratur, aman dan menyeronokkan untuk p&p.
4.Sentiasa menilai kemajuan para pelajar, menetapkan harapan dan jangkaan sekolah serta sentiasa menyemak sama ada jangkaan itu tercapai atau tidak
5.Mengkoordinasi program pengajaran serta menghubungkan kandungan pelajaran yang hendak diajar dengan objektif yang hendak dicapai dan bahan-bahan pengajaran.
6.Menunjukkan kelakuan yang positif dengan memberi bantuan dan sokongan kepada guru-guru. Menjelaskan matlamat sekolah dan menggalakkan guru-guru menghadiri bengkel (atau mengadakan sendiri perbengkelan dan aktiviti perkembangan staf).


• Fokus memperbaiki kemajuan sekolah hendaklah berfokuskan p&p di bilik darjah serta perhubungan guru dengan pelajar. Secara umumnya, usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan:
• pencapaian matlamat sekolah
• penyelesaian punca-punca masalah
• membentuk dan mewujudkan budaya baru yang lebih produktif
• menggerakkan segala tenaga (dalam dan luar sekolah)

Secara keseluruhannya dapatlah kita simpulkan masalah ketidakhadiran ini bukanlah sesuatu yang tidak aka nada jalan penyelesaian jika kita semua berganding bahu dan tenaga untuk bersama-sama memastikan hasrat dan objektif KPI kementerian tercapai iaitu ;

A.   Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah setiap hari dengan KPI 95% ke atas terutamanya murid yang berada di kelas sederhana dan lemah.
B.   Sekolah dapat mengatur dan melaksanakan pelbagai intervensi untuk menarik minat murid hadir penuh ke sekolah.
C.   Memberi intrinsik motivation (motivasi dalaman) kepada pelajar-pelajar ponteng agar mengembalikan minat belajar ke sekolah.
D.   Mencapai slogan Murid Belajar dan Guru Mengajar seterusnya dengan kehadiran penuh akan meningkatkan prestasi akademik murid.
E.   Kehadiran murid ke sekolah akan membantu proses mendidik murid ke arah pembangunan modal insan untuk kecemerlangan sahsiah terpuji.


Tidak ada yang mustahil andai kita berusaha untuk mencapainya.

No comments:

Post a Comment