Saturday 11 February 2017

PANDUAN MENGISI BUTIR-BUTIR DALAM BUKU JADUAL KEDATANGAN

  1. Jadual Kedatangan Pelajar adalah dokumen yang sangat penting dan rasmi serta akan diaudit oleh Juru Audit JPNJ yang bertauliah.
  2. Hanya guru tingkatan dan mereka yang bertanggungjawab boleh menggunakan Jadual Kedatangan Pelajar.
  3. Pelajar dilarang sama sekali memegang atau membawa atau menanda Jadual Kedatangan Pelajar.
  4. Semua butiran hendaklah ditulis dengan terang dan kemas serta hanya menggunakan pen atau pena mata bulat yang BERDAKWAT HITAM sahaja.
  5. Hari Kelepasan hendaklah ditandakan dengan garisan lurus sepanjang ruangan atau ruangan-ruangan itu. Jika hari kelepasan itu lama, hendaklah ditulis ‘cuti’ melintang ruangan itu.
  6. Tandakan Buku Jadual Kedatangan Pelajar ini dengan dakwat, jangan sekali-kali dengan pensil, kemudiannya diikuti dengan dakwat pula di atasnya.
  7. Buku Jadual Kedatangan ini hendaklah ditulis terus, yakni tidak disalin daripada kertas lain atau seumpamanya.
  8. Sebarang kesilapan hendaklah diminimumkan. Sekiranya berlaku kesilapan, potong sahaja dan ditandatangani ( Initial ) terutamnya di bahagian penerimaan bayaran. PENGGUNAAN PEMADAM CECAIR ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DAN MENYALAHI PERATURAN.
  9. Semua maklumat di dalam Jadual Kedatangan Pelajar mestilah tepat dan kemaskini.
  10. Maklumat pada bulan Disember hendaklah dipenuhkan kecuali pada ruangan kedatangan pelajar. Ruangan ini hendaklah dipotong ( Cross ) dari penjuru atas kanan ke penjuru bawah kiri. Tuliskan “ CUTI AKHIR TAHUN “.
  11. Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah disimpan di tempat asal setelah digunakan.
  12. Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh dibawa keluar dari pejabat sekolah. Sekiranya guru tingkatan atau mereka yang bertanggungjawab menggunakan Jadual Kedatangan perlu membawanya keluar. Sila catatkkan pergerakan Jadual Kedatangan Pelajar di dalam Buku Pergerakan Dokumen yang ada di pejabat dan pulangkan semula sebelum waktu rehat.
  13. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir kerana sakit atau berkursus maka tangungjawab mengisi kehadiran pelajar akan dilaksankkan oleh Kaunselor.
  14. Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh dipinda samasekali seperti menampal dengan kertas lain di bahagian yang salah atau comot.
Kulit hadapan luar Jadual Kedatangan 
  1. Kulit hadapan Jadual Kedatangan hendaklah ditulis butiran lengkap mengikut ruangan yang perlu diisikan.
  2. Jika berlaku pertukaran guru tingkatan, nama guru tingkatan yang baru hendaklah ditulis, dan nyatakan tarikh pertukaran berlaku di sebelah nama guru yang baru tersebut. Contoh , ALI BIN AHMAD ( 22 MEI 2008)
  3. Guru tingkatan yang baru hendaklah meneruskan semua kerja guru tingkatan yang lama termasuk menyambung kerja melengkapkan butiran yang belum lengkap.
  4. Kulit Jadual Kedatangan Pelajar jika disampul dengan kertas penyampul maka segala butiran yang perlu hendaklah ditulis pada kertas penyampul tersebut.
    
BIL
PERKARA
CARA
1
Hadir/termasuk pelajar yang dicutikan semasa peperiksaan awam dan peristiwa lain. 
/
 2
 Hadir lewat. (Pelajar dikira hadir )
L
  
 3
 Tidak hadir tanpa kenyatan ( Ponteng )
P
  
 4
 Tidak hadir kerana sakit dengan sokongan  surat dari doktor atau ibubapa/penjaga yang sah.
S
  
 5
 Tidak hadir kerana bersebab dengan sokongan surat ibubapa atau penjaga/kenyataan ibubapa atau penjaga yang sah
C
  
 6
Tidak hadir atau hadir tetapi terlibat dengan aktiviti kokurikulum ( Pelajar dikira hadir )
K

S

C
 7
Pelajar dikira tidak hadir sekiranya pelajar hanya hadir ke sekolah tidak lebih daripada 2 jam tanda seperti 4 atau 5
                    /
 8
Gantung sekolah
G

No comments:

Post a Comment