Thursday 2 February 2017

Murid Bukan Warganegara

Isu berkaitan murid bukan warganegara ( MBWN ) selalu diperkatakan. Antara isu itu ialah berkaitan ;

1.    KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA KE SEKOLAH KERAJAAN.
2.    PERTUKARAN MURID BUKAN WARGANEGARA DAR! SEBUAH SEKOLAH YANG TELAH DILULUSKAN KE SEKOLAH LAIN.
3.    PERMOHONAN KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA TAHUN 6 KE SEKOLAH MENENGAH.

Pihak Jabatan pendidikan telah mengesan beberapa kes yang melibatkan kecuaian pihak sekolah yang telah menerima kemasukan Murid Bukan Warganegara tanpa mendapat kelulusan daripada Pendaftar di Jabatan Pendidikan Negeri .

Sepatutnya pihak sekolah perlu merujuk kepada peraturan-peraturan berikut sebelum mengambil sebarang tindakan untuk menerima masuk murid berkenaan di samping mendapatkan pandangan terlebih dahulu daripada pegawai berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

3.1 Murid yang boleh dipertimbangkan untuk diterima masuk ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan ;

i) anak kedutaan asing
ii) anak yang ibu bapanya adalah Permastautin Tetap Malaysia
iii) anak yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia yang mempunyai "Employment pass"
iv)kanak-kanak yang dipilih oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaranmenurut mana-mana MOU dengan Negara berkenaan.

3.2 Setiap Murid Bukan Warganegara (MBWN) yang hendak masuk ke sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan hendaklah;

i) Mendapat kelulusan dariJabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
ii) Setiap MBWM yang telah tamat persekolahan Tahun Enam dan ingin menyambung pelajaran ke sekolah menengah, hendaklah membuat permohonan baru ke JPN.
iii) Pihak sekolah tidak dibenarkan memasukkan mana-mana murid Tahun Enam ke mana-mana "feeder school" untuk kemasukan ke Tingkatan Satu.
iv) Setiap MBWN yang telah bersekolah dan ingin membuat pertukaran sekolah hendaklah membuat permohonan baru ke JPN.

3.3  Setiap sekolah yang hendak menerima kemasukan MBWN hendaklah terlebih dahulu memastikan:

i) Mendapat surat kelulusan / kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
ii) Memiliki Pas Pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan lmigresen
iii) Ada resit ASAL yang menunjukkan pembayaran Fee telah dibuat diJPN atau PPD.
iv) Pihak sekolah hendaklah menempatkan MBWN yang telah mendapat kelulusan ke kelas-kelas mengikut kohort umur murid berkenaan.
v) Mencatat Status MBWN ke dalam Jadual Kedatangan.
vi) Tarikh pendaftaran MBWN ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah pada minggu kedua Januari setiap tahun


4.    Perlu diingatkan bahawa mana-mana pegawai yang terbukti cuai boleh disabitkan dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di bawah Peraturan 4.2(1) : Seseorang Pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar arahan.

No comments:

Post a Comment