Saturday 10 June 2017

SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH(SPKS) SECARA ONLINE

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah menyediakan Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah(SPKS) . Ia bertujuan agar sekolah dapat membuat penarafan kendiri bagi menilai tahap keselamatan sekolah masing-masing. Disamping itu pihak sekolah akan dapat melaksanakan arahan-arahan keselamatan seterusnya menguatkuasakan peraturan keselamatan di sekolah. 
2.   Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta menggunakan SPKS melalui laman sesawang https://spks.moe.gov.my/ untuk penilaian penarafan keselamatan sekolah masing-masing dengan mengisi dan melengkapkan instrumen sebanyak 2 kali dalam setahun:-
      i)    Fasa 1 : bermula 1 April 2017 hingga 30 April 2017
     ii)    Fasa 2:  bermula  1 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017

No comments:

Post a Comment