Tuesday 14 February 2017

Pemberian Geran Sepadan RM50 Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i / SSPN-i Plus



Berdasarkan perenggan 225, perkara kelima pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak "geran sepadan disediakan kepada pelajar tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i .

Terma & Syarat
  1. Berdaftar di tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan pada 2017
  2. Mempunyai akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus
  3. Membuat deposit simpanan minimum RM50 dalam tahun 2017
  4. SSPN-i Plus insentif sebagai simpanan tambahan tanpa ditolak premium takaful
  5. Seorang murid layak menerima sekali geran sepadan sahaja
  6. Jika ada 2 jenis akaun, insentif akan dimasukkan ke akaun SSPN-i Plus
YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa pembentangan Belanjawan Negara 2017 pada 21 Oktober 2016 yang lalu telah mengumumkan bahawa Kerajaan menyediakan pemberian Insentif Khas Geran Sepadan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i kepada pelajar Tahun 1 sekolah bantuan penuh Kerajaan.

Ini bermakna bermula 1 Januari 2017 mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan untuk anak-anak mereka yang merupakan pelajar Tahun 1 sekolah bantuan penuh Kerajaan akan menerima tambahan keistimewaan Insentif Khas Geran Sepadan iaitu deposit percuma bernilai RM50.
Berita berkaitan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mahu mengubah imej dan perspektif orang ramai daripada memberi pinjaman dan mengutip hutang pinjaman pendidikan tinggi sahaja kepada penabungan pendidikan demi masa depan rakyat di negara ini. Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, orang ramai ketika ini mengenali PTPTN sebagai institusi kewangan yang memberi pinjaman dan mengutip hutang pinjaman pendidikan. Katanya, tanggapan itu perlu dihakis dan sehubungan itu, PTPTN lebih fokus kepada penabungan atau simpanan pendidikan untuk masa depan rakyat Malaysia iaitu PTPTN sebagai Tabung Pendidikan.


"Saya percaya, usaha murni tanpa mengenal erti jemu daripada PTPTN dapat membantu masyarakat lebih memahami dan sedar untuk membuat penabungan dari awal serta konsisten untuk membuat simpanan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Geran Sepadan dan Kempen Jom Menabung Bersama Tabung Pendidikan di Sungai Sumun di sini, semalam. Majlis berkenaan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Insentif khas
Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, pendeposit yang membuka atau menambah di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i atau SSPN-i Plus) tahun ini akan menerima Insentif Khas Geran Sepadan iaitu deposit percuma bernilai RM50.   

"Keistimewaan itu yang berkuatkuasa mulai 1 Januari lalu khusus untuk murid Tahun Satu yang belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan.    Ia selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Bajet 2017 bahawa kerajaan menyediakan pemberian Insentif Khas Geran Sepadan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i/SSPN-i Plus," katanya.  

Ahmad Zahid berkata, kadar dividen yang diberikan adalah paling tinggi dan kompetitif berbanding institusi kewangan lain.

Serentak itu, seramai 2,000 murid di Daerah Bagan Datuk menerima deposit akaun SSPN-i iaitu RM100 seorang membabitkan keseluruhan RM200,000 sumbangan PTPTN sempena pelancaran Geran Sepadan semalam.

Dalam pada itu, R Rabichandran, 50, berkata dia berbesar hati apabila kerajaan memberikan Insentif Khas Geran Sepadan RM50 sebagai usaha untuk meneruskan penabungan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

Siti Zubaidah Abd Kadir, 58, yang turut membuka akaun SSPN-i Plus, berkata dia mempercayai produk PTPTN kerana kelima-lima anaknya mengambil pinjaman perbadanan itu ketika belajar.

"Saya buka tabungan dengan harapan supaya bila mereka besar nanti, boleh bantu membiaya pendidikannya.

"Ditambah dengan Geran Sepadan diberikan sebanyak RM50, saya harap simpanan ini boleh mengurangkan beban," katanya.

No comments:

Post a Comment