Monday, 24 July 2017

UJIAN APTITUD TAHUN 3 DAN 6 2017


JADUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UJIAN APTITUD AM
TAHUN 3 2017

BIL
TINDAKAN
TARIKH
CATATAN
1
Penyediaan Instrumen Ujian Aptitud Am tahun 3
GBK memuat turun instrumen Ujian Aptitud Tahun 3 untuk diperbanyakkan mengikut jumlah murid
Mulai 15 hingga 20 Ogos 2017
2
Pentadbiran Ujian

Pelaksanaan Ujian Aptitud Am  kepada semua murid Tahun 3 Tahun 2017
Mulai 1  hingga
31 September 2017
Rujuk surat siaran
Calon berkeperluan khas diberikan masa tambahan 30 peratus daripada waktu yang diperuntukkan bagi calon biasa
3
GBK melaksanakan pemeriksaan skrip jawapan dan memberi skor
Skrip jawapan diserahkan kepada GBk
4
Pentafsiran Skor

GBK mentaksir skor  dan menyediakan profil individu dan profil kelas
Mulai 1 hingga
31 Oktober  2017
Memasukkan data skor dalam sistem atas talian
https://epkm.moe.gov.my

5
Analisis Data
GBK membuat analisis dan membentangkan dapatan dalam mesyuarat guru/mesyuarat PBS sekolah
Dapatan analisis boleh digunakan oleh guru mata pelajaran dalam membantu murid meningkatkan tahap akademik
6
Pengesahan Pihak Pentadbir
GBK mendapatkan pengesahan / tandatangan daripada Guru Besar
·        Profil Individu
·        Profil Kelas
1 – 24 November 2017
Menggunakan sistem dan format yang telah disediakan
7
Pelaporan
GBK mengeluarkan pelaporan untuk pihak yang berkepentingan
a) Profil individu diserahkan kepada murid/ ibu bapa
b) Profil kelas diserahkan kepada pentadbir / guru panitia/ guru mata pelajaran
8
Penyimpanan fail

a) GBK menyimpan Profil Individu dan Profil Kelas di dalam fail di bilik bimbingan dan kaunseling
Setelah proses kerja 1 hingga 6 selesai dijalankan
9
Tindakan Susulan

GBK menjalankan intervensi
Mengikut keperluan

Monday, 17 July 2017

PS1M 2017 datang lagi.

Program Susu 1 Malaysia

Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai program susu sekolah, pss) dilaksanakan sepenuhnya oleh kementerian pelajaran malaysia sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada rancangan makanan tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah. Pada 9 julai 2010 program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama program susu 1malaysia (PS1M).

Data penerima PS1M adalah berdasarkan pendapatan isi rumah dibawah Paras Garis Kemiskinan Nasional 2014 (PGK 2014) iaitu pendapatan ibubapa/penjaga sebanyak RM930.00 atau perkapita RM230.00 sebulan bagi tahun semasa.

OBJEKTIF
Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu/ sentiasa minum susu.

AKTIVITI
Pemberian susu secara percuma kepada murid yang layak. Setiap murid akan menerima 2 kotak susu (200ml) berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu

FAEDAH PROGRAM
Menggalakkan pengambilan susu di kalangan murid-murid sekolah dan memastikan murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah untuk mengambil susu. Selain itu, pemberian susu kepada murid sekolah juga adalah satu usaha untuk menghasilkan generasi baru yang lebih kuat, tegap dan lebih cerdas. Melalui bekalan susu ke sekolah, taraf ekonomi pengusaha dan penternak tempatan akan dapat ditingkatkan.



Saturday, 10 June 2017

Penarafan Kebersihan Tandas

Penarafan kebersihan tandas sekolah telah berjalan sejak tahun 2013 . Pihak sekolah diminta menghantar laporan Penarafan Kendiri Kebersihan Tandas Sekolah pada bulan JUN dan NOVEMBER SETIAP TAHUN.

T
ahap kebersihan bilik-bilik air (tandas) sekolah di seluruh negara sering dipaparkan di dalam  media cetak yang menggambarkan imej negatif tandas sekolah di Malaysia iaitu kotor, busuk dan daif.
Isu kebersihan tandas sekolah sering diabaikan. Keadaan tandas sekolah yang kotor menjejaskan imej reputasi sesebuah sekolah. Justru itu satu panduan kebersihan tandas sekolah perlu diwujudkan sebagai panduan untuk penjagaan dan tatacara pembersihan tandas baik yang baik.
Menerusi pendekatan Program Kependidikan Tandas Sekolah diharapkan dapat mendidik pelajar-pelajar agar mengamalkan sikap menjaga kebersihan tandas sekolah kita.

SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH(SPKS) SECARA ONLINE

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah menyediakan Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah(SPKS) . Ia bertujuan agar sekolah dapat membuat penarafan kendiri bagi menilai tahap keselamatan sekolah masing-masing. Disamping itu pihak sekolah akan dapat melaksanakan arahan-arahan keselamatan seterusnya menguatkuasakan peraturan keselamatan di sekolah. 
2.   Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta menggunakan SPKS melalui laman sesawang https://spks.moe.gov.my/ untuk penilaian penarafan keselamatan sekolah masing-masing dengan mengisi dan melengkapkan instrumen sebanyak 2 kali dalam setahun:-
      i)    Fasa 1 : bermula 1 April 2017 hingga 30 April 2017
     ii)    Fasa 2:  bermula  1 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017

Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah

Promosi Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah
a. Sekolah diminta untuk memuat turun poster versi PDF dan slaid.
b. Poster boleh dicetak untuk diletakkan di papan notis di sekolah.
c. Slaid boleh digunakan dalam perhimpunan dan program di mana Pengetua / Guru Besar boleh berkongsi mengenai aspek keselamatan dalam kalangan murid di sekolah.
Poster dan slaid boleh dimuat turun di bawah.

Monday, 5 June 2017

Tugas guru PPDa

TUGAS GURU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH / SETIAUSAHA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

1. PENGURUSAN 
1.1 Menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah (contoh carta organisasi seperti lampiran).
1.2 Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana.
1.3 Merancang dan menguruskan mesyuarat pengurusan secara berkala (3 kali dalam setahun atau yang difikirkan perlu oleh guru PPDa).
1.4 Merancang dan mempengerusikan mesyuarat
1.5 Merancang, mengawalselia dan menguruskan bilk / laluan / sudut PPDa.
1.6 Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, dan HIV/Aids.

2. KES-KES PENGGUNAAN DADAH DAN TANGKAPAN
2.1 Membantu guru bimbingan dan kaunseling dan pihak sekolah bagi kes-kes positif ujian urin dan juga kes-kes tangkapan bersabit dengan dadah.
2.2 Memastikan laporan Pemantauan Susulan kes positif urin dadah disediakan dan dihantar ke PPD dan JPN (bagi Sekolah Menengah sahaja).



Sunday, 4 June 2017

eSarana




KEMASUKAN DATA KEHADIRAN

KPI 1: Kehadiran Ibu Bapa dalam enam (6) aktiviti  utama.

Bil.
Jenis Aktiviti
Jumlah Yang Hadir
Jumlah Yang Sepatutnya Hadir
Peratus Kehadiran
Tarikh Akhir Pengisian
1.
HARI PENDAFTARAN



31 MAC
2.
HARI PENETAPAN TARGET



31 MAC
3.
MESYUARAT AGUNG PIBG



31 JUL
4.
HARI PELAPORAN



31 JUL
5.
HARI SUKAN TAHUNAN



30 NOV
6.
HARI ANUGERAH



30 NOV




KPI 2: Peratus ibu bapa yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti  PIBG/sekolah

Bil.
Perkara
Bilangan Sukarelawan yang hadir
Jumlah ibu/bapa/penjaga
Peratus sukarelawan
1
Peratus ibu bapa yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti PIBG/sekolah