Saturday 10 June 2017

Penarafan Kebersihan Tandas

Penarafan kebersihan tandas sekolah telah berjalan sejak tahun 2013 . Pihak sekolah diminta menghantar laporan Penarafan Kendiri Kebersihan Tandas Sekolah pada bulan JUN dan NOVEMBER SETIAP TAHUN.

T
ahap kebersihan bilik-bilik air (tandas) sekolah di seluruh negara sering dipaparkan di dalam  media cetak yang menggambarkan imej negatif tandas sekolah di Malaysia iaitu kotor, busuk dan daif.
Isu kebersihan tandas sekolah sering diabaikan. Keadaan tandas sekolah yang kotor menjejaskan imej reputasi sesebuah sekolah. Justru itu satu panduan kebersihan tandas sekolah perlu diwujudkan sebagai panduan untuk penjagaan dan tatacara pembersihan tandas baik yang baik.
Menerusi pendekatan Program Kependidikan Tandas Sekolah diharapkan dapat mendidik pelajar-pelajar agar mengamalkan sikap menjaga kebersihan tandas sekolah kita.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan untuk mewujudkan satu garis panduan kebersihan tandas awam supaya dikuatkuasakan di semua sekolah  bengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Kriteria berikut memberikan keperluan minimum bagi rekabentuk tandas sekolah. Aspek merangkumi :-
  1. Persekitaran sesuai, bersih, selesa dan selamat.
  2. Tandas yang boleh digunakan berasingan jantina lelaki dan perempuan.
  3. Tandas yang boleh digunakan khas untuk orang kurang upaya (OKU)
  4. Mesra pengguna.
  5. Tahan daripada dirosakkan.
  6. Kemudahan dan aksesori kelengkapan yang bersesuaian.
  7. Pengcahayaan dan pengudaraan yang mencukupi sama ada secara semulajadi atau mekanikal.
  8. Kemudahan tambahan yang bersesuaian dari semua peringkat umur.
Objektif

  1. Memberikan penarafan dan pengiktirafan kepada tandas-tandas sekolah di Malaysia mengikut tahap kebersihannya.
  2. Memastikan tandas sekolah yang disediakan adalah bersih dan selamat untuk  digunakan.
  3. Mempertingkatkan tahap kebersihan, keselesaan dan keselamatan pengguna tandas sekolah;
  4. Mempermudahkan kaedah pengauditan dan “Star Rating” tandas sekolah yang seragam serta boleh digunapakai oleh semua.
Skop

Penarafan dan “Star Rating” tandas sekolah akan dilakukan oleh Pegawai Pemeriksa iaitu:
  1. Pegawai Bahagian Pengurusan  Sekolah  Harian
  2. Penyelia Kesihatan  dari Jabatan Pelajaran Negeri
  3. Pegawai Hal Ehwal Murid di PPD.
Penarafan dan “Star Rating” akan dilaksanakan bagi tujuan pemantauan secara berterusan sepanjang tahun. Penarafan berdasarkan ‘star rating’ akan diberikan kepada setiap tandas sekolah yang telah dinilai.
Penilaian semula akan dilaksanakan berdasarkan tahap kritikal kerosakan tandas tersebut.
Semua tandas sekolah dinilai dan digredkan kebersihannya dengan menggunapakai BORANG PENARAFAN DAN “STAR RATING” TANDAS AWAM (Lampiran 1).
Setelah penarafan dilakukan, borang tersebut perlu dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Pegawai Pemeriksa akan merekodkan borang berkenaan di Jabatan Pelajaran Negeri bagi tujuan simpanan dan rujukan serta pengemukaan laporan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pegawai Pemeriksa akan menampal sticker berapa bintang yang diperoleh di hadapan tandas premis tersebut setelah selesai menjalankan penilaian.

No comments:

Post a Comment