Monday 17 July 2017

PS1M 2017 datang lagi.

Program Susu 1 Malaysia

Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai program susu sekolah, pss) dilaksanakan sepenuhnya oleh kementerian pelajaran malaysia sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada rancangan makanan tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah. Pada 9 julai 2010 program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama program susu 1malaysia (PS1M).

Data penerima PS1M adalah berdasarkan pendapatan isi rumah dibawah Paras Garis Kemiskinan Nasional 2014 (PGK 2014) iaitu pendapatan ibubapa/penjaga sebanyak RM930.00 atau perkapita RM230.00 sebulan bagi tahun semasa.

OBJEKTIF
Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu/ sentiasa minum susu.

AKTIVITI
Pemberian susu secara percuma kepada murid yang layak. Setiap murid akan menerima 2 kotak susu (200ml) berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu

FAEDAH PROGRAM
Menggalakkan pengambilan susu di kalangan murid-murid sekolah dan memastikan murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah untuk mengambil susu. Selain itu, pemberian susu kepada murid sekolah juga adalah satu usaha untuk menghasilkan generasi baru yang lebih kuat, tegap dan lebih cerdas. Melalui bekalan susu ke sekolah, taraf ekonomi pengusaha dan penternak tempatan akan dapat ditingkatkan.



No comments:

Post a Comment