Tuesday 28 March 2017

Apa itu Kwapm Kecemasan ?

Kwapm kecemasan merujuk kepada bantuan kes-kes kecemasan yang akan diberikan kepada murid-murid tertakluk kepada perkara berikut:
a) bencana alam dan kebakaran tempat kediaman yang menjejaskan peralatan persekolahan;
b) KIR yang meninggal dunia atau hilang upaya bekerja yang menjejaskan pendapatan keluarga dan persekolahan murid;
c) murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang tercicir daripada persekolahan kerana kemiskinan; dan
d) had kelayakan pendapatan semasa keluarga hendaklah tidak melebihi PGK Nasional.

Pihak sekolah perlu menyediakan surat siasatan ke atas pelajar yang memerlukan bantuan kwapm kecemasan dan hantar permohonan ke ppd.

Bantuan bagi kes kecemasan akan dibayar BAP sahaja iaitu dengan kadar RM100 bagi murid Sekolah Rendah dan RM150 bagi murid Sekolah Menengah.

Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 layak untuk dipertimbangkan bagi pembayaran di bawah kes kecemasan.

Tempoh sah laku bagi permohonan kes kecemasan adalah 3 bulan daripada tarikh berlakunya kes. Permohonan yang tidak dihantar dalam tempoh tersebut, dianggap tidak lagi cemas dan tidak memerlukan bantuan kewangan yang mendesak untuk murid meneruskan persekolahan.

Murid boleh membuat permohonan bantuan di bawah kes kecemasan melalui sekolah dan disahkan oleh PPD/JPN sebelum dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM bersama dokumen sokongan seperti berikut:
 a) Borang Permohonan Individu KWAPM (Lampiran A) yang lengkap dengan maklumat pekerjaan dan pendapatan ibu bapa/penjaga (bagi kes di para 11.1(b), sila nyatakan pekerjaan dan pendapatan KIR semasa hayatnya);
b) Borang Permohonan Kes Kecemasan (Lampiran C) yang disahkan oleh PPD/JPN;
c) laporan siasatan yang disediakan oleh sekolah dan disahkan oleh PPD/JPN;
d) laporan polis (jika berkaitan);
e) laporan perubatan (jika berkaitan);
f) sijil kematian (jika berkaitan); dan
g) gambar kejadian dan laporan akhbar (jika berkaitan).

Pihak JPN/PPD perlu membuat siasatan segera dan mengemukakan permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan ke Bahagian Kewangan, KPM.

Sila hubungi unit JPN masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana memohon bantuan ini.

Klik untuk borang Lampiran C

1 comment:

  1. Salam.. sy dari sekolah kebangsaan assunta satu, petaling jaya, selangor. nak tanya ada tak contoh laporan siasatan yang disediakan oleh sekolah dan disahkan oleh PPD/JPN

    ReplyDelete