Tuesday 28 March 2017

Borang permohonan Manual Pra Sekolah 2017

Sila KLIK di sini untuk mendapatkan borang.

ISU BERKAIT DENGAN APDM DAN EKEHADIRAN

Saban masa tugas berkaitan dengan bidang HEM sentiasa mencabar . Tambahan pula dengan berbagai-bagai e yang perlu dilengkapkan. Kali ini kita akan berbicara tentang ekehadiran yang perlu diselesaikan oleh semua sekolah . Kita memang sedia maklum sistem ekehadiran merupakan suatu altenatif yang tak perlu dipersoalkan lagi tentang fungsi dan signifikannya dalam pendidikan negara. Semua data berkaitan dengan bantuan am persekolahan dan rekod kehadiran akan dijana melalui sistem apdm. 

Namun begitu apabila berbicara tentang sistem , akan sering timbul berbagai-bagai masalah yang perlu diselesaikan oleh pihak berwajib agar sistem ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. 

Permasalahan akan mulai timbul apabila ramai pengguna menggunakan sistem pada masa yang sama. Sistem akan mudah terbeban dan pengguna di sekolah akan mengalami masalah tension dengan sistem . Beginilah yang akan dihadapi selagi kita berhadapan dengan sistem dan ianya tidak sepatutnya menjadi suatu beban kepada pengguna di sekolah.

Ramai pengguna dikalangan guru merungut dan memberikan alasan menghadapi kesukaran untuk memasukkan data , mungkin keran kesibukan bidang tugas sehingga kerja-kerja pengemaskinian data agak terabai dan ini memberikan kesan kepada pemilihan bantuan am persekolahan seperti KWAPM , BKAP1M, RMT dan sebagainya. Komitmen yang berterusan oleh guru kelas dalam menyiapkan data dalam apdm amat diperlukan . 

Apa itu Kwapm Kecemasan ?

Kwapm kecemasan merujuk kepada bantuan kes-kes kecemasan yang akan diberikan kepada murid-murid tertakluk kepada perkara berikut:
a) bencana alam dan kebakaran tempat kediaman yang menjejaskan peralatan persekolahan;
b) KIR yang meninggal dunia atau hilang upaya bekerja yang menjejaskan pendapatan keluarga dan persekolahan murid;
c) murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang tercicir daripada persekolahan kerana kemiskinan; dan
d) had kelayakan pendapatan semasa keluarga hendaklah tidak melebihi PGK Nasional.

Pihak sekolah perlu menyediakan surat siasatan ke atas pelajar yang memerlukan bantuan kwapm kecemasan dan hantar permohonan ke ppd.

Bantuan bagi kes kecemasan akan dibayar BAP sahaja iaitu dengan kadar RM100 bagi murid Sekolah Rendah dan RM150 bagi murid Sekolah Menengah.

Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 layak untuk dipertimbangkan bagi pembayaran di bawah kes kecemasan.

Tempoh sah laku bagi permohonan kes kecemasan adalah 3 bulan daripada tarikh berlakunya kes. Permohonan yang tidak dihantar dalam tempoh tersebut, dianggap tidak lagi cemas dan tidak memerlukan bantuan kewangan yang mendesak untuk murid meneruskan persekolahan.

Murid boleh membuat permohonan bantuan di bawah kes kecemasan melalui sekolah dan disahkan oleh PPD/JPN sebelum dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM bersama dokumen sokongan seperti berikut:
 a) Borang Permohonan Individu KWAPM (Lampiran A) yang lengkap dengan maklumat pekerjaan dan pendapatan ibu bapa/penjaga (bagi kes di para 11.1(b), sila nyatakan pekerjaan dan pendapatan KIR semasa hayatnya);
b) Borang Permohonan Kes Kecemasan (Lampiran C) yang disahkan oleh PPD/JPN;
c) laporan siasatan yang disediakan oleh sekolah dan disahkan oleh PPD/JPN;
d) laporan polis (jika berkaitan);
e) laporan perubatan (jika berkaitan);
f) sijil kematian (jika berkaitan); dan
g) gambar kejadian dan laporan akhbar (jika berkaitan).

Pihak JPN/PPD perlu membuat siasatan segera dan mengemukakan permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan ke Bahagian Kewangan, KPM.

Sila hubungi unit JPN masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana memohon bantuan ini.

Klik untuk borang Lampiran C

Saturday 11 March 2017

FORMAT LAPORAN AWAL MELALUI APLIKASI WHATSAPPS.

Laporan awal ini MESTI dihantar melalui aplikasi whatsapps oleh pengurusan sekolah ke pegawai meja yg terlibat di PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH.
Bukan melalui emel atau surat rasmi.

Sulit

Assalamualaikum Tuan

Laporan Awal

Tajuk Kes/Isu :

Nama Sekolah:
Alamat Sekolah: 

Maklumat Mangsa1
Nama: 
No K/P:
Darjah/Ting/Gred:
Alamat Rumah:

Maklumat Mangsa 2 :
Nama: 
No K/P:
Darjah/Ting/Gred:
Alamat Rumah:

Tarikh Kejadian:

Masa Kejadian:

Tempat Kejadian:

Kronologi/Keterangan ringkas kejadian:

Tindakan 
1. Sekolah:



Sumber:
Jawatan
Nama institusi

Wednesday 1 March 2017

Pendaftaran PraSekolah Sesi 2018 KPM

Cara Mendaftar PraSekolah 2018 KPM

A. Online 

Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang ePraSekolah.
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu

  1. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar
  2. Carian Institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja
  3. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2017
Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2017.