Tuesday, 8 August 2017

URUSAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN MURID SEKOLAH RENDAH

DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PERLU DIKEMUKA OLEH IBUBAPA / PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH. 
1. 4 Salinan Borang PU(A) 275 (diisi ibubapa/penjaga)
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)
7. Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)

DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN
1. 4 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual iii (diisi pihak sekolah)
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)

DOKUMEN URUSAN KEMASUKAN MURID MENGIKUT UMUR DARI SEKOLAH SWASTA /SAR/DARI LUAR NEGARA/CICIR/TAK PERNAH SEKOLAH
1. 2 Salinan Borang Permohonan - JPNT/SPS-REN/09
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)

KEMASUKAN MURID TANPA SIJIL LAHIR
1. Perlu pengesahan kelahiran
2. Anak Wargenegara
3. Ada bukti kelahiran di Malaysia
4. Mengisi borang daftar lewat
5. Membuat permohonan daftar lewat di Jabatan Pendaftaran Negara
6. Membuat permohonan di JPN

URUSAN PERTUKARAN MURID PRASEKOLAH
1. Tidak ada sebarang pertukaran bagi murid prasekolah 
(kerana tidak semua sekolah ada kelas prasekolah
dan ianya juga melibatkan peruntukan perkapita
khas murid yang tidak boleh dipindahkan)

URUSAN KEMASUKAN & PENEMPATAN MURID BUKAN WARGANEGARA
Semua permohonan Murid Bukan Warganegara diproses dan diluluskan Oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang berkaitan. Jika terdapat kes yang tidak dapat diselesaikan di peringkat JPN, permohonan ini akan di panjangkan ke Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Wednesday, 2 August 2017

Gejala ponteng sekolah, Implikasi dan kesan ponteng sekolah

Berdasarkan laporan salah laku pelajar dari tahun 1985-1992, salah laku ponteng sekolah mengatasi segala jenis salah laku lain dalam kalangan murid. Gejala ini seakan-akan telah menjadi suatu parasit dan kelihatan seolah-olah amat sukar untuk diUBATI . Fenomena ini jika sekiranya tidak dibendung dengan efisyen dan dibiarkan berterusan akan membawa suatu kesan negatif yang besar dalam masyarakat. Ianya boleh meruntuhkan nilai moral murid dan lebih besar lagi boleh menjejaskan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju .

Pelibatan semua pihak termasuklah pihak sekolah, ibubapa, masyarakat dan media massa amatlah ditagih agar kes-kes seperti ini akan dapat dibanteras sehingga ke akar umbinya. Pihak sekolah perlulah peka tentang salah laku ponteng ini dan menyedari kesan serta akibat ponteng sekolah berterusan serta tanggungjawab mengawal dan mencegahnya .




Tatacara tindakan menangani masalah ponteng sekolah

1. Guru kelas memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan SURAT DOKTOR atau SURAT IBU BAPA/ PENJAGA DENGAN TANDATANGAN YANG SAH bagi tempoh masa pelajar itu tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari TANPA surat itu dikehendaki MEMBAWA PENJAGA ke sekolah berjumpa pihak sekolah (kecuali ada bukti yang nyata bahawa ketidakhadiran pelajar itu ada sebab munasabah). Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tidak memberikan surat sebelum hujung minggu.

2. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak datang ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh pelajar tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat. 

3. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar tidak datang ke sekolah 7 hari berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut. 

4. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut. 

5. Selepas tempoh 14 hari ponteng sekolah daripada tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut-turut atau selepas 20 hari ditandai (P) bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut, pelajar boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga bahawa pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar. Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Pengetua/Guru Besar. 

Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/ penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail. Sila pastikan nama, tingkatan, dan tarikh tidak hadir ternyata dalam surat-surat. Sila susun surat mengikut tarikh dan bulan (kumpulkan semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu). 

Untuk makluman, pelajar yang balik dengan kebenaran/ kenyataan sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir (S). Pelajar yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu.



Semakan keputusan Tahun 1 2018 telah dibuka

Semakan keputusan permohonan ke Tahun Satu ambilan 2018 akan dibuka mulai 16 Julai 2017 bagi negeri Selangor,Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang. Manakala negeri - negeri lain pada 1 Ogos 2017.

Sunday, 30 July 2017

RUMUSAN TAKLIMAT PPD KUALA TERENGGANU PENGURUSAN PENEMPATAN DAN PENDAFTARAN MURID

RUMUSAN TAKLIMAT PPD KUALA TERENGGANU
PENGURUSAN PENEMPATAN DAN PENDAFTARAN MURID
TINGKATAN SATU/PERALIHAN & SEKOLAH KAWALAN TAHUN 2017

Penempatan Murid Tingkatan 1/Peralihan Tahun 2017 (eDaftar Menengah)
1. Penetapan “feeder school” bersama PPD.
2. Tindakan Guru Kelas.
a. Kemaskini profil murid Tahun 6 , 2017
} Pastikan alamat diisi dengan lengkap.
} Status Kewarganegaraan diisi.
} No.Surat Beranak / No.MyKid diisi dengan betul.
} Angka Giliran UPSR diisi dengan betul.
} No.KP ibu bapa / penjaga diisi dengan betul.

b. Mengedar borang BPPS kepada murid
} Borang Permohonan Penempatan Sekolah (BPPS) boleh dimuat turun melalui Sistem APDM dengan menggunakan login Guru Kelas ATAU KLIK DI SINI.
Utiliti à Manual eDaftar Menengah
**Pihak sekolah boleh mengubahsuai borang (BPPS) supaya bersesuaian dengan sekolah terutama pada pilihan “feeder school”.
Tempoh : 23 Julai – 31 Julai 2017

c. Permohonan Penempatan Tingkatan 1 Tahun 2017
} Permohonan Penempatan Sekolah diisi melalui Sistem APDM dengan menggunakan login Guru Kelas.
eDaftar Menengah dan klik Kemaskini Permohonan
Isi pilihan sekolah berdasarkan borang BPPS.
Sila nyatakan sebab pilihan sekolah berkenaan
Nyatakan jarak dari rumah ke sekolah yang dipohon.
Isi maklumat kokurikulum yang diperlukan
**PASTIKAN klik butang KEMASKINI.
} Tempoh: 1 Ogos – 09 September 2017
} Jika terdapat murid BUKAN WARGANEGARA dalam sistem, JANGAN buat penempatan.
} PERHATIAN (SJKC & SJKT)**Tambahan dari taklimat sebelum ini
} **Maklumat akdemik BM Lisan dan BM Tahun 4, 5 dan 6 perlu dimasukkan dengan betul sama seperti dalam buku laporan akademik sekolah.
} **Murid yang mendapat gred D/E pada mana-mana satu (BM Lisan / BM) pada mana-mana ujian/peperiksaan pada mana-mana tahun (Tahun 4/5/6) akan ditempatkan secara automatik ke kelas PERALIHAN.
} **Bagaimanapun, murid ini akan ditempatkan ke Tingkatan 1 sekiranya mendapat gred C ke atas bagi kedua-dua kertas BM Pemahaman & BM Penulisan(UPSR). Murid akan dinaikkan keTingkatan1 semasa melapor diri di SMK yang ditempatkan.
} **Maklumat yang tidak diisi secara automatik ditempatkan ke kelas PERALIHAN.
} **Sekiranya maklumat yang diisi didapati tidak sama seperti buku laporan, murid akan
ditempatkan mengikut keputusan UPSR (semasa melapor diri di SMK) dan pihak sekolah (SJKC & SJKT) akan diminta memberi **surat tunjuk sebab**.

d. Permohonan murid ke luar daerah atau negeri.
} Guru kelas masih perlu membuat penempatan murid berkenaan pada “feeder school” dalam daerah pada eDaftar Menengah.
} **Pihak sekolah perlu menghantar surat iringan dan senarai nama murid (Tidak menggunakan borang**perubahan dari taklimat lepas) yang memohon luar daerah/negeri kepada PPD  
i. Nama murid.
ii. No. KP/Mykid.
iii. Alamat kediaman.
iv. Nama Sekolah luar daerah/negeri yang dipohon.

3. Tindakan Admin APDM/GPK HEM Sekolah Rendah.
} Tarikh akhir pengesahan : 9 SEPT 2017.
} Login admin
Aplikasi à Permohonan à eDaftar Menengah
Tandakan “tick” pada kotak bersebelahan Semua Data Murid Seperti Di atas Telah
Disahkan dan klik butang SAHKAN.
Admin boleh melihat bilangan permohonan yang telah diisi oleh Guru Kelas.
Pastikan semua kelas telah diisi sebelum mengesahkan permohonan.

4. Proses Kelulusan PPD
} Tarikh: 30 OKT  – 4 NOV 2017
} Surat Kelulusan Penempatan boleh dicetak oleh Guru Kelas mulai 30 OKTOBER 2017 sehingga 4 November 2017

5. Pengesahan Penempatan & Rayuan
} Tarikh: 06 November – 18 November 2017
} Tempat : Di Sekolah Menengah murid yang telah ditempatkan.

6. Pengesahan Penempatan & Rayuan
} Murid perlu mengesahkan penempatan yang diluluskan mengikut tarikh yang ditetapkan.
} Pakaian sekolah rendah dan hadir bersama ibu bapa / penjaga.
} Borang rayuan akan diberikan melalui Sekolah Menengah yang ditempatkan.
} Kelulusan Rayuan akan dimaklumkan melalui SMK asal.
} Murid yang tidak mengesahkan tempat di Sekolah Menengah pada tarikh yang ditetapkan
dianggap menerima tawaran dan sebarang rayuan pertukaran sekolah daripada murid ini tidak akan diproses.



BORANG ASBS dan Borang PU(A)275

Permohonan kemasukan murid dari sekolah agama kerajaan negeri/sekolah persendirian ATAU mohon belajar semula ke sekolah menengah bantuan penuh kerajaan hendaklah menggunakan borang ini. 

Saturday, 29 July 2017

TAKWIM PELAKSANAAN eDAFTAR MENENGAH TAHUN 2017 BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Guru Besar,
SJK / SK 

Daerah Kuala Terengganu

Sila MUAT TURUN surat siaran berikut untuk tindakan. -------> KLIK DI SINI



Sekian, terima kasih.