Sunday 30 July 2017

RUMUSAN TAKLIMAT PPD KUALA TERENGGANU PENGURUSAN PENEMPATAN DAN PENDAFTARAN MURID

RUMUSAN TAKLIMAT PPD KUALA TERENGGANU
PENGURUSAN PENEMPATAN DAN PENDAFTARAN MURID
TINGKATAN SATU/PERALIHAN & SEKOLAH KAWALAN TAHUN 2017

Penempatan Murid Tingkatan 1/Peralihan Tahun 2017 (eDaftar Menengah)
1. Penetapan “feeder school” bersama PPD.
2. Tindakan Guru Kelas.
a. Kemaskini profil murid Tahun 6 , 2017
} Pastikan alamat diisi dengan lengkap.
} Status Kewarganegaraan diisi.
} No.Surat Beranak / No.MyKid diisi dengan betul.
} Angka Giliran UPSR diisi dengan betul.
} No.KP ibu bapa / penjaga diisi dengan betul.

b. Mengedar borang BPPS kepada murid
} Borang Permohonan Penempatan Sekolah (BPPS) boleh dimuat turun melalui Sistem APDM dengan menggunakan login Guru Kelas ATAU KLIK DI SINI.
Utiliti à Manual eDaftar Menengah
**Pihak sekolah boleh mengubahsuai borang (BPPS) supaya bersesuaian dengan sekolah terutama pada pilihan “feeder school”.
Tempoh : 23 Julai – 31 Julai 2017

c. Permohonan Penempatan Tingkatan 1 Tahun 2017
} Permohonan Penempatan Sekolah diisi melalui Sistem APDM dengan menggunakan login Guru Kelas.
eDaftar Menengah dan klik Kemaskini Permohonan
Isi pilihan sekolah berdasarkan borang BPPS.
Sila nyatakan sebab pilihan sekolah berkenaan
Nyatakan jarak dari rumah ke sekolah yang dipohon.
Isi maklumat kokurikulum yang diperlukan
**PASTIKAN klik butang KEMASKINI.
} Tempoh: 1 Ogos – 09 September 2017
} Jika terdapat murid BUKAN WARGANEGARA dalam sistem, JANGAN buat penempatan.
} PERHATIAN (SJKC & SJKT)**Tambahan dari taklimat sebelum ini
} **Maklumat akdemik BM Lisan dan BM Tahun 4, 5 dan 6 perlu dimasukkan dengan betul sama seperti dalam buku laporan akademik sekolah.
} **Murid yang mendapat gred D/E pada mana-mana satu (BM Lisan / BM) pada mana-mana ujian/peperiksaan pada mana-mana tahun (Tahun 4/5/6) akan ditempatkan secara automatik ke kelas PERALIHAN.
} **Bagaimanapun, murid ini akan ditempatkan ke Tingkatan 1 sekiranya mendapat gred C ke atas bagi kedua-dua kertas BM Pemahaman & BM Penulisan(UPSR). Murid akan dinaikkan keTingkatan1 semasa melapor diri di SMK yang ditempatkan.
} **Maklumat yang tidak diisi secara automatik ditempatkan ke kelas PERALIHAN.
} **Sekiranya maklumat yang diisi didapati tidak sama seperti buku laporan, murid akan
ditempatkan mengikut keputusan UPSR (semasa melapor diri di SMK) dan pihak sekolah (SJKC & SJKT) akan diminta memberi **surat tunjuk sebab**.

d. Permohonan murid ke luar daerah atau negeri.
} Guru kelas masih perlu membuat penempatan murid berkenaan pada “feeder school” dalam daerah pada eDaftar Menengah.
} **Pihak sekolah perlu menghantar surat iringan dan senarai nama murid (Tidak menggunakan borang**perubahan dari taklimat lepas) yang memohon luar daerah/negeri kepada PPD  
i. Nama murid.
ii. No. KP/Mykid.
iii. Alamat kediaman.
iv. Nama Sekolah luar daerah/negeri yang dipohon.

3. Tindakan Admin APDM/GPK HEM Sekolah Rendah.
} Tarikh akhir pengesahan : 9 SEPT 2017.
} Login admin
Aplikasi à Permohonan à eDaftar Menengah
Tandakan “tick” pada kotak bersebelahan Semua Data Murid Seperti Di atas Telah
Disahkan dan klik butang SAHKAN.
Admin boleh melihat bilangan permohonan yang telah diisi oleh Guru Kelas.
Pastikan semua kelas telah diisi sebelum mengesahkan permohonan.

4. Proses Kelulusan PPD
} Tarikh: 30 OKT  – 4 NOV 2017
} Surat Kelulusan Penempatan boleh dicetak oleh Guru Kelas mulai 30 OKTOBER 2017 sehingga 4 November 2017

5. Pengesahan Penempatan & Rayuan
} Tarikh: 06 November – 18 November 2017
} Tempat : Di Sekolah Menengah murid yang telah ditempatkan.

6. Pengesahan Penempatan & Rayuan
} Murid perlu mengesahkan penempatan yang diluluskan mengikut tarikh yang ditetapkan.
} Pakaian sekolah rendah dan hadir bersama ibu bapa / penjaga.
} Borang rayuan akan diberikan melalui Sekolah Menengah yang ditempatkan.
} Kelulusan Rayuan akan dimaklumkan melalui SMK asal.
} Murid yang tidak mengesahkan tempat di Sekolah Menengah pada tarikh yang ditetapkan
dianggap menerima tawaran dan sebarang rayuan pertukaran sekolah daripada murid ini tidak akan diproses.



No comments:

Post a Comment