Saturday 10 June 2017

Penarafan Kebersihan Tandas

Penarafan kebersihan tandas sekolah telah berjalan sejak tahun 2013 . Pihak sekolah diminta menghantar laporan Penarafan Kendiri Kebersihan Tandas Sekolah pada bulan JUN dan NOVEMBER SETIAP TAHUN.

T
ahap kebersihan bilik-bilik air (tandas) sekolah di seluruh negara sering dipaparkan di dalam  media cetak yang menggambarkan imej negatif tandas sekolah di Malaysia iaitu kotor, busuk dan daif.
Isu kebersihan tandas sekolah sering diabaikan. Keadaan tandas sekolah yang kotor menjejaskan imej reputasi sesebuah sekolah. Justru itu satu panduan kebersihan tandas sekolah perlu diwujudkan sebagai panduan untuk penjagaan dan tatacara pembersihan tandas baik yang baik.
Menerusi pendekatan Program Kependidikan Tandas Sekolah diharapkan dapat mendidik pelajar-pelajar agar mengamalkan sikap menjaga kebersihan tandas sekolah kita.

SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH(SPKS) SECARA ONLINE

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah menyediakan Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah(SPKS) . Ia bertujuan agar sekolah dapat membuat penarafan kendiri bagi menilai tahap keselamatan sekolah masing-masing. Disamping itu pihak sekolah akan dapat melaksanakan arahan-arahan keselamatan seterusnya menguatkuasakan peraturan keselamatan di sekolah. 
2.   Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta menggunakan SPKS melalui laman sesawang https://spks.moe.gov.my/ untuk penilaian penarafan keselamatan sekolah masing-masing dengan mengisi dan melengkapkan instrumen sebanyak 2 kali dalam setahun:-
      i)    Fasa 1 : bermula 1 April 2017 hingga 30 April 2017
     ii)    Fasa 2:  bermula  1 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017

Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah

Promosi Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah
a. Sekolah diminta untuk memuat turun poster versi PDF dan slaid.
b. Poster boleh dicetak untuk diletakkan di papan notis di sekolah.
c. Slaid boleh digunakan dalam perhimpunan dan program di mana Pengetua / Guru Besar boleh berkongsi mengenai aspek keselamatan dalam kalangan murid di sekolah.
Poster dan slaid boleh dimuat turun di bawah.

Monday 5 June 2017

Tugas guru PPDa

TUGAS GURU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH / SETIAUSAHA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

1. PENGURUSAN 
1.1 Menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah (contoh carta organisasi seperti lampiran).
1.2 Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana.
1.3 Merancang dan menguruskan mesyuarat pengurusan secara berkala (3 kali dalam setahun atau yang difikirkan perlu oleh guru PPDa).
1.4 Merancang dan mempengerusikan mesyuarat
1.5 Merancang, mengawalselia dan menguruskan bilk / laluan / sudut PPDa.
1.6 Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, dan HIV/Aids.

2. KES-KES PENGGUNAAN DADAH DAN TANGKAPAN
2.1 Membantu guru bimbingan dan kaunseling dan pihak sekolah bagi kes-kes positif ujian urin dan juga kes-kes tangkapan bersabit dengan dadah.
2.2 Memastikan laporan Pemantauan Susulan kes positif urin dadah disediakan dan dihantar ke PPD dan JPN (bagi Sekolah Menengah sahaja).



Sunday 4 June 2017

eSarana




KEMASUKAN DATA KEHADIRAN

KPI 1: Kehadiran Ibu Bapa dalam enam (6) aktiviti  utama.

Bil.
Jenis Aktiviti
Jumlah Yang Hadir
Jumlah Yang Sepatutnya Hadir
Peratus Kehadiran
Tarikh Akhir Pengisian
1.
HARI PENDAFTARAN



31 MAC
2.
HARI PENETAPAN TARGET



31 MAC
3.
MESYUARAT AGUNG PIBG



31 JUL
4.
HARI PELAPORAN



31 JUL
5.
HARI SUKAN TAHUNAN



30 NOV
6.
HARI ANUGERAH



30 NOV




KPI 2: Peratus ibu bapa yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti  PIBG/sekolah

Bil.
Perkara
Bilangan Sukarelawan yang hadir
Jumlah ibu/bapa/penjaga
Peratus sukarelawan
1
Peratus ibu bapa yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti PIBG/sekolah