Thursday 26 January 2017

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017

PENGENALAN
Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.       RASIONAL
Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM KE SEKOLAH pada awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

3.       OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
3.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.3 Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP(BPSH- SPDK)201/005/01/ Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.

4.       ANJURAN .
Program Jom Ke Sekolah merupakan program NBOS di antara KPM (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti), Bukit Aman

5.       TARIKH PELANCARAN
Program Jom Ke Sekolah akan dilancarkan secara serentak di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan sekolah di seluruh negara mengikut ketetapan berikut :

5.1   Kumpulan A - Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu Tarikh : 5hb Februari 2017 Hari : Ahad Masa : 7.30 hingga 8.05 pagi .

5.1.1          Peringkat Kebangsaan (Kumpulan A) akan dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia dan Ketua Polis Negara di SMK Dato’ Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah
5.1.2          Senarai VIP :
5.1.2.1    1. YB Menteri Pendidikan Malaysia
5.1.2.2    2. Ketua Polis Negara
5.1.2.3    3. TKPPMO
5.1.2.4    4. Pengarah JPJK
5.1.2.5    5. Pengarah BPSH
5.1.2.6    6. Pengarah JPN

5.2   Pelancaran di peringkat bahagian-bahagian KPM akan diselaraskan oleh Bahagian KPM (Sila rujuk Lampiran 1).
5.3   Pelancaran di peringkat negeri akan disempurkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri dan Ketua Polis Negeri. Pihak JPN dimohon untuk mencadangkan nama sekolah berkenaan.
5.4   Pelancaran di peringkat PPD akan disempurnakan oleh Pegawai PPD dan Ketua Polis Daerah. Pihak PPD dimohon untuk mencadangkan nama sekolah berkenaan.
5.5   Pelancaran di peringkat sekolah akan disempurnakan oleh Pengetua/Guru Besar dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Sekiranya PPS berkenaan menanggung tugas lebih daripada satu sekolah, maka pelancaran boleh ditangguhkan pada minggu berikutnya.

5.6   Pihak KPM tidak mempunyai halangan sekiranya pihak PDRM ingin mengadakan pameran. Pihak sekolah perlu mengatur jadual lawatan murid ke pameran tersebut tanpa menganggu Pengajaran dan Pembelajaran.


No comments:

Post a Comment