Cara Mendaftar PraSekolah 2018 KPM
A. Online
Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang ePraSekolah.- Applikasi Permohonan : https://eprasekolah.moe.gov.my
- Manual Pengguna : Klik Manual
- Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar
- Carian Institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja
- Tempoh permohonan secara dalam talian bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2017
B. Permohonan Manual
Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2017.- Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/ institusi yang ingin dimohon.
- Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon
Murid prasekolah Pendidikan Khas
- Mestilah disertakan dengan borang pengesahan daripada pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan.
- Surat penempatan oleh JPN/PPW/PPD
- Pengesahan dan pendaftaran seperti carta di LAMPIRAN A
Semakan Keputusan PraSekolah Online
Status permohonan/ keputusan boleh disemak secara online dengan mengklik butang SEMAK PERMOHONAN di ruangan LAMAN PENGGUNA. Untuk permohonan yang berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dan sila bawa dan serahkan kepada sekolah yang dimohon pada hari pendaftaran.Rayuan permohonan boleh dibuat dengan mengklik butang RAYUAN PERMOHONAN pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Selamat membuat Permohonan Kemasukan PraSekolah KPM 2018 Online. Semoga perkongsian cara daftar murid PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ini bermanfaat buat semua.
No comments:
Post a Comment