- Jadual Kedatangan Pelajar adalah dokumen
yang sangat penting dan rasmi serta akan diaudit oleh Juru Audit JPNJ yang
bertauliah.
- Hanya guru tingkatan dan mereka yang
bertanggungjawab boleh menggunakan Jadual Kedatangan Pelajar.
- Pelajar dilarang sama sekali memegang atau
membawa atau menanda Jadual Kedatangan Pelajar.
- Semua butiran hendaklah ditulis dengan
terang dan kemas serta hanya menggunakan pen atau pena mata bulat yang BERDAKWAT
HITAM sahaja.
- Hari Kelepasan hendaklah ditandakan dengan
garisan lurus sepanjang ruangan atau ruangan-ruangan itu. Jika hari
kelepasan itu lama, hendaklah ditulis ‘cuti’ melintang ruangan itu.
- Tandakan Buku Jadual Kedatangan Pelajar
ini dengan dakwat, jangan sekali-kali dengan pensil, kemudiannya diikuti
dengan dakwat pula di atasnya.
- Buku Jadual Kedatangan ini hendaklah
ditulis terus, yakni tidak disalin daripada kertas lain atau seumpamanya.
- Sebarang kesilapan hendaklah diminimumkan.
Sekiranya berlaku kesilapan, potong sahaja dan ditandatangani ( Initial )
terutamnya di bahagian penerimaan bayaran. PENGGUNAAN PEMADAM CECAIR
ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DAN MENYALAHI PERATURAN.
- Semua maklumat di dalam Jadual Kedatangan
Pelajar mestilah tepat dan kemaskini.
- Maklumat pada bulan Disember hendaklah dipenuhkan
kecuali pada ruangan kedatangan pelajar. Ruangan ini hendaklah dipotong (
Cross ) dari penjuru atas kanan ke penjuru bawah kiri. Tuliskan “ CUTI
AKHIR TAHUN “.
- Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah
disimpan di tempat asal setelah digunakan.
- Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh
dibawa keluar dari pejabat sekolah. Sekiranya guru tingkatan atau mereka
yang bertanggungjawab menggunakan Jadual Kedatangan perlu membawanya
keluar. Sila catatkkan pergerakan Jadual Kedatangan Pelajar di dalam Buku
Pergerakan Dokumen yang ada di pejabat dan pulangkan semula sebelum waktu
rehat.
- Sekiranya guru tingkatan tidak hadir
kerana sakit atau berkursus maka tangungjawab mengisi kehadiran pelajar
akan dilaksankkan oleh Kaunselor.
- Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh
dipinda samasekali seperti menampal dengan kertas lain di bahagian yang
salah atau comot.
Kulit hadapan luar Jadual Kedatangan
- Kulit hadapan Jadual Kedatangan hendaklah
ditulis butiran lengkap mengikut ruangan yang perlu diisikan.
- Jika berlaku pertukaran guru tingkatan,
nama guru tingkatan yang baru hendaklah ditulis, dan nyatakan tarikh
pertukaran berlaku di sebelah nama guru yang baru tersebut. Contoh , ALI
BIN AHMAD ( 22 MEI 2008)
- Guru tingkatan yang baru hendaklah
meneruskan semua kerja guru tingkatan yang lama termasuk menyambung kerja
melengkapkan butiran yang belum lengkap.
- Kulit Jadual Kedatangan Pelajar jika
disampul dengan kertas penyampul maka segala butiran yang perlu hendaklah
ditulis pada kertas penyampul tersebut.
BIL
|
PERKARA
|
CARA
|
|||
1
|
Hadir/termasuk pelajar yang dicutikan
semasa peperiksaan awam dan peristiwa lain.
|
/
|
|||
2
|
Hadir lewat. (Pelajar dikira hadir )
|
|
|||
3
|
Tidak hadir tanpa kenyatan ( Ponteng
)
|
|
|||
4
|
Tidak hadir kerana sakit dengan
sokongan surat dari doktor atau ibubapa/penjaga yang sah.
|
|
|||
5
|
Tidak hadir kerana bersebab dengan
sokongan surat ibubapa atau penjaga/kenyataan ibubapa atau penjaga yang sah
|
|
|||
6
|
Tidak hadir atau hadir tetapi terlibat
dengan aktiviti kokurikulum ( Pelajar dikira hadir )
|
|
|||
7
|
Pelajar dikira tidak hadir sekiranya
pelajar hanya hadir ke sekolah tidak lebih daripada 2 jam tanda seperti 4
atau 5
|
/
|
|||
8
|
Gantung sekolah
|
|
No comments:
Post a Comment